Hebahan kepada Ahli

PROGRAM WARGA KKAUSM BERSAMA PRESIDEN CUEPACS

KKA Cuepacs Banner size kecik

HEBAHAN PROGRAM WARGA KESATUAN KAKITANGAN AM,UNIVERSITI SAINS MALAYSIA BERSAMA PRESIDEN CUEPACS

Saya dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2. Dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Kesatuan Kakitangan Am,Universiti Sains Malaysia telah bermesyuarat pada 26 Disember 2017 memutuskan akan mengadakan Program Warga Kesatuan Kakitangan Am Bersama Presiden Cuepacs

3. Dalam hal ini, pihak KKAUSM telah mendapat kelulusan dari Pendaftar dengan Rujukan : USM.38/6 Jld.VII bertarikh 11 Januari 2018 untuk memberi pelepasan waktu bekerja pada 19 januari 2018 untuk ahli Jawatankuasa Kesatuan dan ahli-ahli Kesatuan Kakitangan Am untuk turut serta.

3.1 Tarikh        : 19 Januari 2018 (Jumaat)

3.2 Waktu        : 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari

3.3 Tempat      : Pusat Pembangunan Sahsiah Pelajar
                          Bangunan H21
                          Pembangunan Siswa 2
                          Kompleks Cahaya Siswa
                          Universiti Sains Malaysia 
                          11800 USM
                          Pulau Pinang

Sehubungan dengan itu, saya bagi pihak Kesatuan Kakitangan Am, Universiti Sains Malaysia amat berbesar hati dan berharap akan mendapat perhatian dan kesudian dari tuan/puan bagi Program Warga Kesatuan Kakitangan Am Bersama Presiden Cuepacs.

Sekian, terima kasih.

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Memastikan Kelestarian Hari Esok

NOR AMIN BIN AHMAD PJM
Setiausaha Agung KKAUSM 
Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

USM powered
Copyright © 2017 - Universiti Sains Malaysia.
All Rights Reserved.  |
 
Admin Login

035841