• Kenali Kami
  • Pengenalan

Pengenalan dan Objektif

Pengenalan

Pada tahun 1973, Kesatuan Kakitangan Am Universiti Sains Malaysia (KKAUSM) telah ditubuhkan dan didaftarkan dibawah Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS), Kementerian Sumber Manusia dengan Nombor Pendaftaran Kesatuan 506 selaras dengan Akta Kesatuan Sekerja 1959. KKAUSM mewakili suara pekerja dalam memberikan pandangan dalam Pengurusan Universiti Sains Malaysia dan juga menjaga kebajikan pekerja. KKAUSM juga menyertai CUEPACS dalam memperjuangkan gred-gred gaji dan kebajikan penjawat awam Malaysia.

Objektif KKAUSM :-

1) Melindungi kepentingan ahli-ahli kesatuan.
2) Memaju dan mengharmonikan perhubungan mesra di antara ahli dan pihak pengurusan universiti.
3) Menyelesaikan pertikaian antara ahli, pentadbir dan pengurusan dengan secara berhemah.
4) Memajukan kepentingan pekerja tertakluk kepada peruntukan dalam seksyen 50 Ordinan Kesatuan Sekerja 1959.
5) Bantuan kewangan dalam pendidikan, bencana alam dan kebajikan ahli.

EXCO BARUX

 

USM powered
Copyright © 2017 - Universiti Sains Malaysia.
All Rights Reserved.  |
 
Admin Login

036311